|
MAKLUMAT UJIAN |
1. |
Ujian UKM1 merupakan usaha pencarian murid pintar intelek semula jadi yang dikendalikan oleh Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM dengan Kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Kolej GENIUS Insan, USIM. |
|
|
2. |
Ujian UKM1 merupakan ujian dalam talian yang terbuka. |
Tarikh ujian |
1 Februari – 31 Mei setiap tahun |
Kelayakan |
Murid Malaysia berumur 8 – 15 tahun |
Bayaran |
Percuma |
| |
3. |
Ujian UKM1 merupakan ujian saringan pertama untuk pencalonan murid berumur 8 – 15 tahun bagi menyertai program-program berikut: |
Kolej Genius@Pintar Negara |
Murid pelbagai agama dan bangsa berumur 9-15 tahun pada tahun 2022 |
Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS), UKM 2022 di Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM |
Murid berumur 11-12 tahun pada tahun 2022 |
Kemasukan ke Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM bagi sesi persekolahan tahun 2023 |
Kolej GENIUS Insan |
Murid beragama Islam berumur 8-11 tahun pada tahun 2022 |
Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS), USIM 2022 di Kolej GENIUS Insan |
Murid beragama Islam berumur 15 tahun pada tahun 2022 |
Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS), USIM 2022 di Kolej GENIUS Insan |
Murid beragama Islam berumur 12 tahun (tahun 6) pada tahun 2022 |
Program Mukhayyam Al Abrar USIM 2022 di Kolej GENIUS Insan untuk Kemasukan ke Kolej GENIUS Insan untuk Kemasukan ke Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM pada tahun 2023 |
Akademi Sains Pendang |
Murid pelbagai agama dan bangsa berumur 12 tahun pada tahun 2022 |
Kemasukan ke Akademi Sains Pendang pada persekolahan tahun 2023 |
|
|
4. |
Ujian UKM1 hanya boleh dijawab sekali sahaja dalam tahun semasa. Sekiranya terdapat akaun palsu yang dicipta untuk menjawab semula ujian, murid akan disenaraihitamkan dan digugurkan kelayakan menduduki ujian UKM2. |
SIJIL PENYERTAAN |
1. |
Sijil Penyertaan Ujian Pencarian Bakat UKM1 Peringkat Kebangsaan akan dikeluarkan kepada murid yang berjaya mencapai skor minima ujian. |
2. |
Penerimaan sijil penyertaan tidak melayakkan murid secara langsung ke ujian saringan kedua. Hanya murid yang melepasi skor kelayakan akan ditawarkan menduduki ujian UKM2. |
3. |
Sila pastikan maklumat diri dan kod sekolah adalah betul sebelum mencetak sijil penyertaan di pautan https://pelajar.permatapintar.ukm.my/ . |
PENDAFTARAN |
|
1. |
Pendaftaran kali pertama boleh dilakukan dengan menekan butang UJIAN UKM1 dan mengisi maklumat diri, sekolah serta maklumat keluarga di ruangan yang disediakan. |
|
2. |
Sila lengkapkan pendaftaran dengan gambar terkini murid. Kegagalan demikian boleh menyebabkan kelayakan menduduki ujian UKM2 terbatal. |
|
3. |
Bagi murid yang pernah menjawab ujian UKM1 pada tahun-tahun sebelum ini atau ingin menyambung ujian tahun semasa yang tergendala, sila klik butang UJIAN UKM1 untuk mengemaskini maklumat diri dan meneruskan ujian. |
|
MASALAH KOD SEKOLAH
|
a) Sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), boleh menggunakan panduan “Carian Sekolah” seperti di Rajah 1.
1. Pergi ke menu Carian Sekolah atau butang "KEMASKINI"
2. Pilih Negeri dan klik butang "SETERUSNYA"
3. Masukkan kata kunci sekolah (Menggunakan 1 atau 2 perkataan sahaja untuk kata kunci sekolah) dan tekan butang "CARI"
4. Tekan butang "PILIH" untuk sekolah yang ingin di kemaskini ke Profil Pelajar.
b) Jika tidak menjumpai sekolah, sila berikan maklumat sekolah (nama sekolah, alamat lengkap sekolah, telefon, faks dan emel sekolah)
kepada permatapintar@ukm.edu.my untuk didaftarkan dan diberi kod sekolah.
c) Sebarang pertanyaan tentang ujian ini boleh dikemukakan ke alamat permatapintar@ukm.edu.my. Sila sertakan maklumat berikut di dalam emel tuan/puan:
1. MYKAD/MYKID#:
2. Nama Penuh:
Panduan mencari nama sekolah.
* klik untuk besarkan gambar
|
|
|
DAFTAR KELOMPOK
|
1. Murid sekolah boleh didaftarkan secara berkelompok dengan melengkapkan fail Excel berikut:
MUAT TURUN FILE EXCEL
2. Sila pastikan fail dilengkapkan mengikut format yang disediakan dan hanya diisi dengan maklumat murid baru iaitu murid yangbelum pernah mendaftar.
3. Sila hantarkan fail yang telah lengkap ke permatapintar@ukm.edu.my sebelum 30 April 2022
4. Fail akan diproses dan dimaklumkan semula dalam masa 2 – 3 hari bekerja.
|
PANDUAN UJIAN
|
1. |
Murid perlu mendaftar atau mengemaskini maklumat diri, maklumat sekolah dan maklumat keluarga sebelum menduduki ujian.
|
2. |
Murid perlu menyediakan peranti elektronik (telefon bimbit/komputer) dan internet untuk menjawab ujian secara dalam talian.
|
3. |
Murid perlu mempunyai kemahiran asas penggunaan komputer seperti menggunakan papan kekunci, tetikus atau pad sentuh.
|
4. |
Murid perlu menjawab soalan secara bersendirian tanpa mendapatkan bantuan individu lain.
|
5. |
Murid digalakkan menjawab ujian sehingga tamat secara berterusan selama 1 jam 30 minit.
|
6. |
Sekiranya murid berhenti menjawab atas sebarang sebab, murid boleh menyambung semula menjawab ujian pada waktu yang lain.
|
7. |
Alamat Protokol Internet (IP) dan tarikh/masa login dan logout pengguna akan disimpan bagi siasatan lanjut jika terdapat aduan penyalahgunaan MyKad/MyKid atau lain-lain penyelewengan.
|
8. |
Cadangan pelaksanaan ujian di sekolah yang mempunyai masalah infrastruktur ICT dan internet di sekolah:
1 Murid, 1 Hari, 1 Sekolah = 1 murid sehari
1 Murid, 1 Hari, 10,000 Sekolah = 10,000 murid sehari
1 Murid, 50 Hari, 10,000 Sekolah = 500,000 murid sehari
|
PENDAFTARAN |
|
1. |
Pendaftaran kali pertama boleh dilakukan dengan menekan butang UJIAN UKM1 dan mengisi maklumat diri, sekolah serta maklumat keluarga di ruangan yang disediakan. |
|
2. |
Sila lengkapkan pendaftaran dengan gambar terkini murid. Kegagalan demikian boleh menyebabkan kelayakan menduduki ujian UKM2 terbatal. |
|
3. |
Bagi murid yang pernah menjawab ujian UKM1 pada tahun-tahun sebelum ingin menyambung ujian tahun semasa yang tergendala, sila klik butang UJIAN UKM1 untuk mengemaskini maklumat diri dan meneruskan ujian. |
|
|
Ujian UKM1
DIBUKA SEMULA SEHINGGA
30 Jun 2022
Jumlah hari yang tinggal ialah
|
|
2
|
|
|
|
Jumlah Pengunjung:410,234
|
Pengunjung Dalam Talian:770
|
|
Proses Pencarian Pelajar Pintar & Berbakat
|
|
(Click image to enlarge)
|
|
|
|
Jika terdapat sebarang masalah, pihak tuan/puan boleh terus emailkan ke :
permatapintar@ukm.edu.my
|
|
| © 2011 Universiti Kebangsaan Malaysia |
|
|