UJIAN UKM1

dibuka pada

10 Mac 2025 hingga 31 Mei 2025




           
MAKLUMAT UJIAN UKM1
__________________


PENDAFTARAN
(CALON BAHARU)



1. Pendaftaran kali pertama oleh calon baharu boleh dibuat melalui butang Pendaftaran Ujian UKM1 untuk menduduki ujian.

2. Murid perlu mengisi maklumat diri berserta gambar terkini, maklumat sekolah dan maklumat keluarga.

3. Kelayakan menduduki Ujian UKM2 akan terbatal jika maklumat pendaftaran tidak lengkap.

4. Ujian UKM1 hanya boleh dijawab sekali sahaja dalam tahun semasa. Sekiranya didapati wujud akaun palsu yang dicipta untuk menjawab ujian, murid akan disenaraihitamkan daripada sebarang penyertaan seterusnya.


PENDAFTARAN
(CALON BERDAFTAR)



1. Murid yang telah mendaftar dan pernah menduduki Ujian UKM1 sebelum ini dikategorikan sebagai calon berdaftar.

2. Sila klik butang Pendaftaran Ujian UKM1 untuk mengemaskini maklumat dan memulakan ujian.

3. Kegagalan mengemaskini maklumat terkini boleh menyebabkan kelayakan menduduki Ujian UKM2 terbatal.

4. Sekiranya sesi ujian tahun semasa terhenti atas sebarang sebab, sila log masuk semula ke laman ujian pada waktu lain untuk menyambung ujian.



SIJIL PENYERTAAN



1. Sijil penyertaan boleh dimuat turun oleh murid yang berjaya mencapai skor minimum ujian sebaik selesai menjawab ujian tersebut.

2. Penerimaan sijil penyertaan tidak melayakkan murid secara langsung ke Ujian UKM2. Hanya murid yang melepasi skor kelayakan ujian akan ditawarkan menduduki Ujian UKM2.

3. Sila pastikan maklumat diri dan kod sekolah adalah betul sebelum mencetak sijil penyertaan di https://pelajar.permatapintar.ukm.my.


KEPUTUSAN UJIAN



1. Tarikh semakan keputusan ujian akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui laman rasmi https://www.ukm.my/permatapintar.

2. Semakan kelayakan menduduki Ujian UKM2 boleh dibuat melalui laman https://semak.permatapintar.ukm.my.

3. Sila pastikan maklumat nombor telefon dan e-mel yang didaftarkan adalah betul. Sekiranya ada perubahan maklumat sila kemaskini maklumat di https://pelajar.permatapintar.ukm.my.



TAWARAN PROGRAM
__________________

 
PROGRAM PINTAR DAN BERBAKAT DI KOLEJ PERMATA@PINTAR NEGARA, UKM


Murid pelbagai agama dan bangsa berumur 9 hingga 12 tahun.


 
PROGRAM PINTAR DAN BERBAKAT DI KOLEJ PERMATA INSAN, USIM


Murid beragama islam berumur 9 hingga 12 tahun.


 



PANDUAN UJIAN UKM1
__________________


SEBELUM UJIAN


1. Membuat pendaftaran kali pertama bagi calon baharu atau mengemaskini maklumat bagi calon berdaftar.

2. Menyediakan peranti elektronik (komputer/telefon bimbit) dan internet untuk menjawab ujian secara dalam talian.

3. Mempunyai kemahiran asas penggunaan komputer seperti menggunakan papan kekunci, tetikus dan pad sentuh.


SEMASA UJIAN


1. Menjawab ujian secara bersendirian tanpa mendapatkan bantuan individu lain

2. Digalakkan menjawab ujian secara berterusan dalam temppoh 1 jam 30 minit.

3. Sekiranya sesi ujian terhenti atas sebarang sebab, calon boleh menyambung semula menjawab ujian pada waktu lain.

4. Alamat Protokol Internet (IP) dan tarikh/masa login dan logout pengguna akan disimpan bagi siasatan lanjut jika terdapat aduan penyalahgunaan MyKad/MyKid atau lain-lain penyelewengan.



SELEPAS UJIAN


1. Mencetak sijil Ujian UKM1 bagi calon yang berjaya mencapai skor minimum ujian.

2. Membuat semakan kelayakan menduduki Ujian UKM2 dari semasa ke semasa.


Tel : +603 89217533
E-mel : ppbukm@ukm.edu.my


Pusat PERMATA@Pintar Negara,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi, Selangor Malaysia


Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan
2025 © Pusat PERMATA@Pintar Negara, UKM