UJIAN UKM1

dibuka pada

1 Februari 2024 hingga 15 Jun 2024




           
MAKLUMAT UJIAN UKM1
__________________


PENDAFTARAN
(CALON BAHARU)



1. Pendaftaran kali pertama oleh calon baharu boleh dibuat melalui butang Pendaftaran Ujian UKM1 untuk menduduki ujian

2. Murid perlu mengisi maklumat diri berserta gambar terkini, maklumat sekolah dan maklumat keluarga

3. Kelayakan menduduki Ujian UKM2 akan terbatal jika maklumat pendaftaran tidak lengkap

4. Ujian UKM1 hanya boleh dijawab sekali sahaja dalam tahun semasa. Sekiranya didapati wujud akaun palsu yang dicipta untuk menjawab ujian, murid akan disenaraihitamkan daripada sebarang penyertaan seterusnya


PENDAFTARAN
(CALON BERDAFTAR)



1. Murid yang telah mendaftar dan pernah menduduki Ujian UKM1 sebelum ini dikategorikan sebagai calon berdaftar

2. Sila klik butang Pendaftaran Ujian UKM1 untuk mengemaskini maklumat dan memulakan ujian

3. Kegagalan mengemaskini maklumat terkini boleh menyebabkan kelayakan menduduki Ujian UKM2 terbatal

4. Sekiranya sesi ujian tahun semasa terhenti atas sebarang sebab, sila log masuk semula ke laman ujian pada waktu lain untuk menyambung ujian



SIJIL PENYERTAAN



1. Sijil penyertaan boleh dimuat turun oleh murid yang berjaya mencapai skor minimum ujian sebaik selesai menjawab ujian tersebut

2. Penerimaan sijil penyertaan tidak melayakkan murid secara langsung ke Ujian UKM2. Hanya murid yang melepasi skor kelayakan ujian akan ditawarkan menduduki Ujian UKM2

3. Sila pastikan maklumat diri dan kod sekolah adalah betul sebelum mencetak sijil penyertaan di https://pelajar.permatapintar.ukm.my


KEPUTUSAN UJIAN



1. Tarikh semakan keputusan ujian akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui laman rasmi https://www.ukm.my/permatapintar

2. Semakan kelayakan menduduki Ujian UKM2 boleh dibuat melalui laman https://semak.permatapintar.ukm.my

3. Sila pastikan maklumat nombor telefon dan e-mel yang didaftarkan adalah betul. Sekiranya ada perubahan maklumat sila kemaskini maklumat di https://pelajar.permatapintar.ukm.my

 
Ujian UKM1 merupakan ujian saringan pertama untuk mencari murid pintar dan berbakat bagi menyertai program-program berikut
__________________
KOLEJ PERMATA@Pintar NEGARA, UKM
Program Pengayaan Cuti Sekolah (PPCS), UKM di Pusat PERMATA@Pintar Negara, UKM Murid pelbagai agama dan bangsa berumur 9-15 tahun pada tahun semasa
Kemasukan ke Kolej PERMATA@Pintar Negara, UKM bagi sesi persekolahan tahun 2025 Murid berumur 11-12 tahun pada tahun semasa
KOLEJ PERMATA INSAN, USIM
Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS), USIM di Kolej PERMATA Insan, USIM Murid beragama Islam berumur 8-11 tahun pada tahun semasa
Program Mukhayyam Al Abrar USIM di Kolej PERMATA Insan untuk Kemasukan ke Kolej PERMATA Insan, USIM bagi sesi persekolahan tahun 2025 Murid beragama Islam berumur 12 tahun pada tahun semasa
AKADEMI SAINS PENDANG
Kemasukan ke Akademi Sains Pendang bagi sesi persekolahan tahun 2025 Murid berumur 11-12 tahun pada tahun semasa
 
PANDUAN UJIAN UKM1
__________________


SEBELUM UJIAN


1. Membuat pendaftaran kali pertama bagi calon baharu atau mengemaskini maklumat bagi calon berdaftar

2. Menyediakan peranti elektronik (komputer/telefon bimbit) dan internet untuk menjawab ujian secara dalam talian

3. Mempunyai kemahiran asas penggunaan komputer seperti menggunakan papan kekunci, tetikus dan pad sentuh


SEMASA UJIAN


1. Menjawab ujian secara bersendirian tanpa mendapatkan bantuan individu lain

2. Digalakkan menjawab ujian secara berterusan dalam temppoh 1 jam 30 minit

3. Sekiranya sesi ujian terhenti atas sebarang sebab, calon boleh menyambung semula menjawab ujian pada waktu lain

4. Alamat Protokol Internet (IP) dan tarikh/masa login dan logout pengguna akan disimpan bagi siasatan lanjut jika terdapat aduan penyalahgunaan MyKad/MyKid atau lain-lain penyelewengan



SELEPAS UJIAN


1. Mencetak sijil Ujian UKM1 bagi calon yang berjaya mencapai skor minimum ujian

2. Membuat semakan kelayakan menduduki Ujian UKM2 dari semasa ke semasa

Pusat PERMATA@Pintar Negara,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

+(603) 8921 7533
ppbukm@ukm.edu.my




Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan
2022 © PUSAT PERMATA@PINTAR NEGARA, UKM