Halaman Utama
Pencarian Kod Sekolah
Daftar Kelompok
Statistik Ujian
UJIAN UKM1
dilanjutkan sehingga
30 Jun 2023
Lanjut Ke Ujian UKM1
MAKLUMAT UJIAN UKM1
__________________
PENDAFTARAN
(CALON BAHARU)
1. Pendaftaran kali pertama oleh calon baharu boleh dibuat melalui butang Lanjut ke Ujian UKM1 untuk menduduki ujian.
2. Murid perlu mengisi maklumat diri berserta gambar terkini, maklumat sekolah dan maklumat keluarga.
3. Kelayakan menduduki Ujian UKM2 akan terbatal jika maklumat pendaftaran tidak lengkap.
4. Ujian UKM1 hanya boleh dijawab sekali sahaja dalam tahun semasa. Sekiranya didapati wujud akaun palsu yang dicipta untuk menjawab ujian, murid akan disenaraihitamkan daripada sebarang penyertaan seterusnya.
PENDAFTARAN
(CALON BERDAFTAR)
1. Murid yang telah mendaftar dan pernah menduduki Ujian UKM1 sebelum ini dikategorikan sebagai calon berdaftar.
2. Sila klik butang Lanjut ke Ujian UKM1 untuk mengemaskini maklumat dan memulakan ujian.
3. Kegagalan mengemaskini maklumat terkini boleh menyebabkan kelayakan menduduki Ujian UKM2 terbatal.
4. Sekiranya sesi ujian tahun semasa terhenti atas sebarang sebab, sila log masuk semula ke laman ujian pada waktu lain untuk menyambung ujian.
SIJIL PENYERTAAN
1. Sijil penyertaan boleh dimuat turun oleh murid yang berjaya mencapai skor minimum ujian sebaik selesai menjawab ujian tersebut.
2. Penerimaan sijil penyertaan tidak melayakkan murid secara langsung ke Ujian UKM2. Hanya murid yang melepasi skor kelayakan ujian akan ditawarkan menduduki Ujian UKM2.
3. Sila pastikan maklumat diri dan kod sekolah adalah betul sebelum mencetak sijil penyertaan di
https://pelajar.geniuspintar.ukm.my
.
KEPUTUSAN UJIAN
1. Tarikh semakan keputusan ujian akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui laman rasmi
https://www.ukm.my/geniuspintar/en
.
2. Semakan kelayakan menduduki Ujian UKM2 boleh dibuat melalui laman
https://semak.geniuspintar.ukm.my
.
3. Sila pastikan maklumat nombor telefon dan e-mel yang didaftarkan adalah betul atau kemaskini di
https://pelajar.geniuspintar.ukm.my
.
Ujian UKM1 merupakan ujian saringan pertama untuk mencari murid pintar dan berbakat bagi menyertai program-program berikut
__________________
KOLEJ GENIUS@Pintar NEGARA, UKM
Program Pengayaan Cuti Sekolah (PPCS), UKM di Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM
Murid pelbagai agama dan bangsa berumur 9-15 tahun pada tahun semasa
Kemasukan ke Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM bagi sesi persekolahan tahun berikutnya
Murid berumur 11-12 tahun pada tahun semasa
KOLEJ GENIUS INSAN, USIM
Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS), USIM di Kolej GENIUS Insan, USIM
Murid beragama Islam berumur 8-11 tahun pada tahun semasa
Program Mukhayyam Al Abrar USIM di Kolej GENIUS Insan untuk Kemasukan ke Kolej GENIUS Insan, USIM bagi sesi persekolahan tahun berikutnya
Murid beragama Islam berumur 12 tahun pada tahun semasa
AKADEMI SAINS PENDANG
Kemasukan ke Akademi Sains Pendang bagi sesi persekolahan tahun berikutnya
Murid pelbagai agama dan bangsa berumur 12 tahun pada tahun semasa
PANDUAN UJIAN UKM1
__________________
SEBELUM UJIAN
01
Membuat pendaftaran kali pertama bagi calon baharu atau mengemaskini maklumat bagi calon berdaftar.
02
Menyediakan peranti elektronik (komputer/telefon bimbit) dan internet untuk menjawab ujian secara dalam talian.
03
Mempunyai kemahiran asas penggunaan komputer seperti menggunakan papan kekunci, tetikus dan pad sentuh.
SEMASA UJIAN
01
Menjawab ujian secara bersendirian tanpa mendapatkan bantuan individu lain.
02
Digalakkan menjawab ujian secara berterusan dalam temppoh 1 jam 30 minit.
03
Sekiranya sesi ujian terhenti atas sebarang sebab, calon boleh menyambung semula menjawab ujian pada waktu lain.
04
Alamat Protokol Internet (IP) dan tarikh/masa login dan logout pengguna akan disimpan bagi siasatan lanjut jika terdapat aduan penyalahgunaan MyKad/MyKid atau lain-lain penyelewengan.
SELEPAS UJIAN
01
Mencetak sijil Ujian UKM1 bagi calon yang berjaya mencapai skor minimum ujian.
02
Membuat semakan kelayakan menduduki Ujian UKM2 dari semasa ke semasa.
HUBUNGI KAMI
__________________
Pusat GENIUS@Pintar Negara,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
+(603) 8921 7533
ppbukm@ukm.edu.my
Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan
2022 © PUSAT GENIUS@PINTAR NEGARA, UKM